slide_584a01bc47a45.jpgslide_584a01352b6d8.jpg
 
 
Last Update: 1 Dec 2023
Version 8.0.4b
 
Miri City Council Public LibraryMiri City Council Public Library



Perpustakaan Awam Miri mula ditubuhkan pada tahun 1958. Pada tahun 1981 pihak perpustakaan mendirikan Perpustakaan Cawangan di Piasau. Dalam tahun 1988 sebuah lagi Perpustakaan Cawangan dibina di Lutong. Dalam tahun 2005 sebuah Perpustakaan Cawangan Taman Tunku. Kesemua perpustakaan cawangan didirikan adalah untuk kemudahan penduduk setempat. Perpustakaan Awam Miri serta cawangan-cawangannya menyediakan sumber maklumat yang meliputi subjek untuk memenuhi keperluan dan permintaan penduduk-penduduk Miri.


Keahlian


Semua penduduk di Bahagian Miri layak menjadi ahli.

(a) (i) Ahli Dewasa
  1. Yuran Pendaftaran - Percuma
  2. Tiada Yuran Tahunan
  3. Bawa bersama Kad Pengenalan
  (ii) Ahli Kanak-kanak
  1. Yuran Pendaftaran - Percuma
  2. Tiada Yuran Tahunan
  3. Bawa bersama MyKID dan Kad Permohonan hendaklah ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga.
(b)  

Ahli perpustakaan hendaklah memberitahu pihak perpustakaan jika ada perubahan pada alamat dan juga telefon di Kad Keahlian mereka.

 


 

 


Perkhidmatan


Perkhidmatan Pinjaman

Buku-buku di bahagian ini boleh dipinjam untuk tempoh dua minggu. Seorang ahli berdaftar dibenarkan meminjam 3 buah buku.


Perkhidmatan Rujukan
Koleksi rujukan tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan.


Sudut Bacaan
Disediakan pelbagai jenis suratkhabar dan majalah dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina yang berkaitan dengan isu-isu semasa. Terbitan berkala dari kerajaan, badan berkanun dan swasta juga disediakan di Sudut Bacaan.


Internet dan Multimedia
Sejajar dengan kemajuan ICT terkini, perkhidmatan Internet dan Multimedia disediakan.


Waktu Perkhidmatan Perpustakaan


Perpustakaan Awam Majlis Bandaraya Miri
Tuesday to Friday: 09:00am - 07:00pm
Saturday: 09:00am - 07:00pm
Sunday: 09:00am - 03:00pm
Public holiday & Monday: Closed
 
Perpustakaan Cawangan Piasau Miri
Tuesday to Saturday: 10:00am - 05:00pm
Sunday: 10:00am - 03:00pm
Public holiday & Monday: Closed
 
Perpustakaan Komuniti Lutong Miri
Tuesday to Saturday: 10:00am - 05:00pm
Sunday: 10:00am - 03:00pm
Public holiday & Monday: Closed
 
Perpustakaan Cawangan Taman Tunku Miri
Tuesday to Saturday: 10:00am - 05:00pm
Sunday: 10:00am - 03:00pm
Public holiday & Monday: Closed
 
Perpustakaan Desa Bario Miri
Monday to Friday: 08:00am - 05:00pm
Public holiday & Weekend: Closed


Maklumat Perpustakaan


PERPUSTAKAAN AWAM MAJLIS BANDARAYA MIRI,

Perpustakaan Awam Majlis Bandaraya Miri,

Jalan Raja,
98000 Miri,
Sarawak.

Library Website: mccml.librarynet.com.my

Tel: 085-424895
Fax: 085-430057


PERPUSTAKAAN CAWANGAN PIASAU MIRI

Perpustakaan Cawangan Piasau,

Jalan Dato Permaisuri,
98000 Miri,
Sarawak.

Tel: 085-656843


PERPUSTAKAAN KOMUNITI LUTONG MIRI,

Perpustakaan Komuiti Lutong,

Tingkat 1 MyyMall Jalan Pasar,
98100 Miri,
Sarawak.

Tel: 085-644364


PERPUSTAKAAN TAMAN TUNKU MIRI,

Perpustakaan Taman Tunku,

Jalan Lintang 1,
98000 Miri,
Sarawak.

MCC Taman Tunku Branch Library Website : mccttl.librarynet.com.my

Tel: 085-616194


PERPUSTAKAAN DESA BARIO MIRI

Perpustakaan Desa Bario,

98060 Bario, Miri,
Sarawak.